You are here: Home Abstrak Kesan Hukuman Sebat Syariah Terhadap Pesalah : Satu Kajian Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah Ta’zir Di Aceh

Kesan Hukuman Sebat Syariah Terhadap Pesalah : Satu Kajian Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah Ta’zir Di Aceh

Kesan Hukuman Sebat Syariah Terhadap Pesalah : Satu Kajian Pelaksanaan Hukuman  Sebat Syariah Ta’zir Di Aceh


Hamdani Zainal Abidin, Jasri Jamal


Abstrak

Pelaksanaan Syariat Islam di Aceh berdasarkan UU no. 44/1999 tentang Keistimewaan Aceh, UU no.18/2001 tentang Otonomi Khusus.  Kemudian digubalnya Qanun no. 10/2002 tentang Peradilan Mahkamah Syar’iyah dan Qanun no. 11/2002 tentang Pelaksanaan Syariat Islam Bidang ‘Agi’dah, Ibadah, dan Syi’ar Islam. Selanjutnya disahkannya Qanun no. 12, 13, dan 14/2003 tentang Khamar, Maisir dan Khalwat. Kemudian pelaksanaan Syariat Islam di Aceh diperkuat dengan digubalnya UU no. 11/2006 berdasarkan MoU Helsinki, Finland. Setelah dikuatkuasanya Undang-undang Jenayah Islam maka didapati orang Islam yang tersabit dengan kes jenayah Syariah. Mahkamah Syariah Aceh memutuskan hukuman sebat terhadap pesalah yang melanggar qanun jenayah Syariah tersebut. Kajian ini melihat kepada kesan hukuman sebat terhadap pesalah yang telah dihukum sebat Syariah di Provinsi Aceh. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual secara mendalam dengan 4 orang pesalah yang telah dihukum sebat dan orang-orang yang ada disekeliling pesalah serta orang-orang yang melihat secara langsung hukuman sebat tersebut dilaksanakan. Berdasarkan hasil kajian didapati bahawa pesalah-pesalah yang telah dihukum sebat merasa sangat malu dan menjadi pelajaran bagi pesalah dari mengulangi kesalahan tersebut serta kepada orang yang melihat hukuman sebat itu dilaksanakan. Namun begitu, terdapat beberapa dapatan kajian daripada temubual yang dilakukan perlu diambil perhatian serius oleh pihak pemerintah di Aceh dalam menguatkuasakan dan melaksanakan Qanun Jenayah Syariah ini dengan lebih berkesan lagi.

Kata kunci : Aceh, hukuman sebat, qanun jenayah syariah



 

You are here: Home Abstrak Kesan Hukuman Sebat Syariah Terhadap Pesalah : Satu Kajian Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah Ta’zir Di Aceh